Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.
Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi.
Melalui program praktikum ini,pelajar dapat:
a. Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran.
b. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
c.Mengaplikasi kemahiran mentafsir dan menilai
d.Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan
individu.
e.Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran
f.Memupuk sikap positif,meningkatkan jati diri,menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
profesionalisme keguruan:
g.Mengembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan
mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
h.Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran
pembelajaran.
i.Menguasai kemahiran fasilitator.
j. Menguasai pelbagai strategi,perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Syarat
Pelajar dikhendaki menyempurnakan Pengalaman Berasas Sekolah(PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester.
Penempatan
Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)
Tempoh
Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus
Bilangan Waktu Mengajar
a.Minimun 8 waktu dan maksimum 12 waktu(8 Major dan 4 elektif).
b.Pelajar major prasekolah dikhendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam
seminggu.
c.Pelajar wajib mengajar matapelajaran major dan satu matapelajaran elektif.
d.Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa
praktikum.
d.Pelajar major pra sekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu hari pengajaran
penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum.
PISMP PK.pdf
MAJOR PEMULIHAN (5F).pdf
PISMP BM.pdf
MAJOR BM (5A-5E).pdf
MAJOR PENDIDIKAN KHAS (5G).pdf
PISMP PRASEKOLAH.pdf
PENEMPATAN KPLI KSC PK NOV 09.pdf
PENEMPATAN KDPM KEMAS JULAI 2008.pdf
PENEMPATAN KDPM SABK SM NOV 2007.pdf
PENEMPATAN KPLI PERMATA JUN 2010.pdf
PENEMPATAN PRAKTIKUM ULANGAN (KDPM PLPS).pdf
PENEMPATAN KDPM SABK SR NOV 2007.pdf
PENEMPATAN PRAKTIKUM KPLI SM KSC SABK NOV 2009.pdf
MAJOR PRASEKOLAH.pdf
PENEMPATAN PRAKTIKUM IPG LAIN-BANTU SELIA IPG KBM.pdf
REFLEKSI PRAK KPLI PERMATA JUN 2010.pdf
REFLEKSI PRAK 2 KDPM KEMAS AMB JULAI 2008.pdf
Analisis Praktikum Januari.pdf
ANALISIS PENYELIAAN PRAKTIKUM PENSYARAH.pdf
ANALISIS PENYELIAAN PENSYARAH JUN OKTOBER 2010.pdf
Laporan Keseluruhan Praktikum 2009.pdf
GARIS PANDUAN PENGUNAAN BORANG PRAKTIKUM.pdf
BORANG PBS PISMP.pdf
BORANG PRAKTIKUM PISMP.pdf
BORANG PR5 SWASTA.pdf
BORANG RUMUSAN KEHADIRAN & PRAPENYELIAAN.pdf
BORANG PR1 KPLI & KDPM.pdf
Visi: Sistem pengurusan praktikum yang efisyen yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Misi: Melaksana sistem praktikum yang terbaik kepada semua bakal guru serta mewujudkan suasana selesa di antara IPG dan sekolah.