UNIT SPBT SMKBBSL
Pengurusan Bilik Operasi
Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS)
SMK Bandar Baru Sg.Long
Kata Alu-Aluan Pengetua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat terserlah dalam dasar pelajaran melalui skim pinjaman buku teks. Atas rasa keperluan yang begitu mendesak ke arah memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia, kerajaan telah memberikan kelayakan memberikan kelayakan seratus peratus secara percuma kepada semua murid warga negara Malaysia. Maka cetusan idea untuk memartabatkan pengurusan SPBT SMKBBSL difikirkan perlu bagi merealisasikan dasar ini.
Guru-guru dan pelajar-pelajar ialah aset terpenting untuk melaksanakan tugas ini. Sebagai seorang Pengetua, saya begitu yakin warga SMK Bandar Baru Sungai Long prihatin terhadap pendidikan yang bukan sahaja memberikan pengetahuan tetapi pengalaman dalam mengaplikasikan kandungan sukatan pelajaran buku teks melalui aktiviti yang dijalankan.
Diharap dalam keghairahan kita mengejar aspek ICT dan dunia tanpa sempadan, kita tidak lupa menjaga warisan untuk generasi akan datang.
Wassalam
Sekian Terima Kasih
Selamat Maju Jaya
Profil Sekolah
Kod Sekolah - BEA 4623
Nama Sekolah - SMK Bandar Baru Sungai Long
Alamat Sekolah - Jalan Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor
Telefon / Faks - +60 (3) 90753549 / +60 (3) 90753784
E-Mail - smkbbsl_yahoo.com
Gred - B
Jenis Sekolah - Sekolah Menengah Kebangsaan
Peringkat Sekolah - Menengah
Jenis Bantuan - Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
Bahasa Perantaraan - Bahasa Melayu
Sessi - Pagi dan Petang
Lokasi - Bandar
Bilangan Kelas - 36
Tarikh Penubuhan - 1 Januari 2002
Jabatan Pelajaran - Jabatan Pelajaran Selangor
Pejabat Pelajaran Daerah - Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat
Pejabat Pejabat Pelajaran Daerah - En. Ismail Bin Musa
Pusat Kegiatan Guru - PKG Cheras
Majlis Daerah Tempatan - Majlis Perbandaran Kajang
Kawasan - Cheras
Daerah - Hulu Langat
PengetuaPuan - Hajah Salimah Binti Jafri
Penolong Kanan - Puan. Rahimah binti Abdul Rahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Puan. Maheran binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Kokurikulum - En. Dahlan bin Latip
Enrolmen murid terkini - 2417 (Ogos 2009)
Latar Belakang Dan Pelan Lokasi Bilik SPBT
-Bilik BOSS mula beroperasi pada tahun 2002,
-Keluasan bilik ialah 30x25 kaki persegi
-Menguruskan pengendalian pengagihan dan pengumpulan semula buku-buku teks.
-Pengurusan bilik diselenggarakan oleh guru-guru yang dilantik, oleh pihak pengurusan sekolah dengan bantuan satu jawatankuasa khas.
-Pengurusan bilik juga dibantu oleh para pengawas SPBT yang juga merupakan ahli Kelab SPBT.
MOTTO
MISI
MATLAMAT
Memastikan semua murid warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SMAR menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT.
MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG MESRA, ADIL DAN TEPAT KEPADA SEMUA PELAJAR.
Adil
Mesra
OBJEKTIF
Tepat
Bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
PIAGAM
- Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pinjaman buku teks
- Memberi peluang kepada pelajar yang tidak layak membuat rayuan
- Memastikan pelajar menerima buku SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula
CARTA ORGANISASI BOSS 09
LOGO Kelab SPBT
Moto
-Bersama Menuju Kecemerlangan
VISI
-Memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam menguruskan penjagaan buku teks agar jangka
hayat buku teks lebih panjang dan dapat digunakan lebih lama
-Membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT,
disamping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu
Moderator:
E=Mc²