DROPBOX
Zaman teknologi ini macam2 perisian percuma yang orang inginkan, memang realiti manusia sukakan benda yang percuma termasuklah saya sendiri..hehe. Salah satu perisian percuma yang berguna untuk orang yang malas bawa thumbdrive ke mana2 ialah DropBox. Secara ringkasnya, DropBox ini adalah satu perisian untuk menyimpan data secara online atau lebih dikenali sebagai Online Storage.
Dropbox memudahkan anda untuk memastikan yang semua fail penting ada di mana-mana komputer yang anda guna, tanpa perlu email ataupun bawa thumbdrive. Contoh macam saya buat kerja di rumah, jadi saya cuma masukkan fail-fail kerja tadi dalam dropbox, jadi di pejabat saya cuma buka DropBox ini dan boleh sambung terus kerja tu sebab memang dia automatik sync dengan folder dalam komputer saya. Anda tak perlukan sambungan internet yang stabil pun boleh, cuma upload dalam folder DropBox di komputer anda dan apabila anda pergi ke tempat yang sambungan internet lebih stabil, DropBox akan automatik mengesan folder2 anda tadi. Amat senang guna DropBox ni sebab anda tak perlu upload pun melalui internet sebab memang dia automatik akan upload sendiri.
Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, saya ada sediakan video dari laman DropBox sendiri. Jadi, tengokla yer..
Salah satu kelebihan DropBox lagi, anda boleh Share File dengan kawan2 anda dengan mudah. Contoh, kalau saya nak kongsi apa2 fail, saya cuma perlu letakan fail tu dalam folder public kat dalam folder dropbox kat komputer saya, kemudian orang yang saya nak kongsi fail tu boleh buka folder public tu dan tengok benda yang saya kongsi. Tapi tak semua benda yang anda letak dalam folder dropbox orang boleh nampak, cuma fail yang diletak dalam folder public je, jadi kalau anda simpan benda-benda peribadi ia memang tak boleh dimasuki oleh orang lain.
Saya tulis ni berdasarkan pengalaman sebab saya dah guna dropbox ni lama dah. Saya juga salah seorang pengguna Thumbdrive yang selalu cuai, kadang2 terlupa letak di mana dan hilang macam tu jer..:) Jadi, dengan adanya teknologi perisian yang canggih ini, Saya tak perlu bawa thumbdrive ke mana2 lagi..hehe.
Cara nak guna?
Senang je, anda cuma perlu register akaun kat DropBox dan boleh pilih sama ada nak akaun free ataupun berbayar. DropBox ada tawarkan akaun free dengan space 2GB, kalau berbayar ada 50GB dan 100GB. Saya pun guna yang free punya sebab tu pun dah cukup dah.
Kemudian download je application dropbox untuk sambungkan satu folder dalam komputer anda dengan storage kat dropbox, supaya bila anda masukkan apa2 fail dalam folder tu dia akan automatik upload. Kalau masa tu tak ada internet, dia tak akan upload tapi bila bersambung je dengan internet dia terus upload.
Lagi satu, DropBox ada tawarkan tambahan Space sampai 8GB dengan syarat anda promosikan link anda sendiri kepada kawan2 anda. Saya sendiri dah lakukan ini dan telah capai space 8GB
Dapatkan DropBox Di Sini.
10 Kemungkinan Kerosakan Terjadi Pada PC
10 Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. Jom kita tengok.
1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.
2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah Blue Screen juga akan lebih kerap berlaku.
3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.
4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.
5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.
6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.
7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.
8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.
9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.
10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.
Kesan bateri motherboard yang lemah
Penjagaan komputer sangat penting bagi memberikan ketahanan jangka hayat sesebuah komputer. Pengguna komputer sering mengalami pelbagai masalah tidak kiralah ianya melibatkan kerosakan software mahupun hardware.
Tips komputer kali ini berkongsi sesikit cerita mengenai Bateri Motherboard yang terletak pada papan litar utama sebuah komputer. Mungkin ada yang tertanya dimana letaknya bateri itu, bagi mereka yang biasa melihat motherboard komputer pasti akan tahu kedudukan bateri tersebut.
Baiklah mari kita lihat dimana letaknya bateri itu dan macam mana rupanya dari segi jenis dan model supaya senang anda kenalpasti nanti pada komputer anda.
Bateri yang terletak pada motherboard berfungsi sebagai memori kepada CMOS dan ianya menyimpan segala setting komputer anda. CMOS menyimpan maklumat seperti urutan boot (urutan komputer mencari maklumat, seperti A drive pertama, drive C kedua, dan seterusnya), sistem jam, tatacara kalendar, password hardware, tetapan senarai hard drive, dan memori (RAM) yang dipasang. Pada asasnya cip CMOS menyimpan data BIOS sehingga komputer boleh boot dengan betul.
Jadi apabila bateri motherboard lemah sistem komputer akan memberikan amaran seperti berikut Low battery voltage warning pada permulaan boot komputer.
Jika keadaan ini terjadi maka anda harus cepat-cepat menukarkan bateri supaya setting yang ada dalam CMOS tidak hilang. Sekiranya anda masih lagi membiarkan ianya berlarutan maka komputer akan mengalami gangguan pada sistem boot dan akan menyebabkan komputer gagal membaca handware yang menyebabkan paparan tidak muncul seperti biasa.
Keadaan ini berlaku kerana setting yang ada didalam CMOs telah hilang anda anda perlu ubah setting itu kembali untuk menjadikan komputer anda beroperasi semula.
Jadi disini kesannya adalah apabila bateri CMOS atau bateri motherboard komputer anda lemah sistem komputer gagal berfungsi disebabkan kegagalan membaca perkakasan komputer dan paparan tidak muncul serta tidak dapat memaparkan sistem operasi komputer.
37 Tips mudah cara menjaga laptop
Tips mudah bagi penjagaan peralatan laptop. Kurungan [ info ] adalah maklumat yang saling berkaitan dengan tips penjagaan laptop anda. Disarankan anda turut membaca info yang diberikan.
[ INFO ] Peralatan Laptop / notebook :
1. Kebanyakkan laptop pada masa kini adalah mampu untuk digunakan dalam tempoh yang lama, lebih dari 24 jam bahkan 7 hari seminggu. Penggunaan lebih lama bermaksud akan mengurangkan jangka hayat laptop tersebut. Namun, bagi setiap laptop, 3 tahun adalah tempoh outdated yang bermaksud teknologi laptop tersebut telah terkebelakang dan tidak serasi dengan yang terkini yang menyukarkan proses upgrade peralatan.
2. Kebanyakkan notebook hanya boleh di upgrade dari segi kapasiti RAM dan hard disk. Upgrade bagi processor dan boards adalah tidak mustahil tetapi agak sukar.
3. Laptop seringkali mempunyai masalah habuk di dalam casing yang menyekat pengaliran udara dan boleh menyebabkan kepanasan kepada komponen2 seperti processor dan RAM. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan masalah stability dan komponent tidak tahan lama.
4. Setiap komponen hardware mempunyai spesifikasi yang perlu di turuti sekiranya anda berfikir untuk upgrade kepada komponent yang lebih baru (latest). Contohnya: DDR1 dan DDR2 adalah berbeza dari segi speed dan keperluan voltage, bahkan kaki sambungan juga sudah berbeza. Komponent hardware yang terkini tidak semestinya serasi atau disokong oleh spesifikasi peralatan yang sedia ada. Semak spesifikasi terlebih dahulu sebelum upgrade.
5. Komponen elektronik bahkan peralatan (hardware) komputer seperti processor, ram, graphic card, hard disk dan motherboards mempunyai jangka hayat (life-span) yang tertentu. Life-span kebiasaanya dikira dalam unit kegunaan per jam. Contoh: hard disk kebiasaannya mempunyai life-span dalam 100,000 H yang bermaksud ianya tahan sehingga 100 000 jam penggunaan (12 tahun).
6. Peralatan yang rosak, kebiasaannya terus ditukar ganti dengan yang baru. Namun, spesifikasi peralatan yang baru haruslah boleh diterima oleh spesifikasi peralatan yg lama. Masalah stability biasanya terjadi disebabkan kecuaian memilih peralatan yang tidak disokong oleh spesifikasi peralatan yang baru dan lama.
7. Bateri notebook adalah satu alat yang dipakai buang. Tempoh penggunaan (life-span) bagi bateri biasanya hanya bertahan dalam 30,000 H (usage) ~ berkadaran dalam 3 tahun sahaja. Bateri tersebut harus digantikan dengan bateri yang sama spesifikasi.
8. Pendrive / Removable drive / USB drive / biasanya cepat rosak jika disambungkan pada port USB anda yang hampir dengan kawasan pemasangan bateri / exhaust fan heat sink processor.
9. Penggunaan komponen wired (berwayar) berbanding wireless (tanpa-wayar) adalah lebih stabil dan laju dari segi penghantaran data. Sekiranya tidak perlu, elak menggunakan komponen wireless.
10. Musuh utama komponent komputer adalah haba. Elak dari kawasan yang panas dan tidak baik pengudaraannya. Habuk yang byk dan tersekat di dalam casing menyebabkan pemindahan haba ke ruang udara tidak efisyen menyebabkan komponen cepat panas.
11. Laptop boleh dimatikan dengan beberapa cara, antaranya dengan menekan butang power on / off selama beberapa saat (4 saat dan lebih). Namun, ianya tidak digalakkan. Jika laptop menjadi hang, guna button reset (jika ada). Jika perlu juga mematikan / shutdown, pastikan lampu indicator bagi hard disk tidak menyala sebelum mematikannya.
12. Antara bahagian bawah laptop yang sering menjadi panas adalah di bahagian terletaknya processor, heatsink, harddisk, ram dan bateri.
[ TIPS ] Penjagaan laptop / notebook:
1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.
8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.
9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.
11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.
12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.
13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.
14. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.
15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
16. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
17. Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.
18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.
19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.
20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.
21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)
22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.
23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.
24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.
25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.
10 Virus Yang Membahaya Terhadap Pc Anda Selama Ini
1.Storm Worm
Muncul tahun 2006, disebut “Storm Worm” kerana tersebar via email dengan tajuk “230 dead as storm batters Europe”. Storm worm adalah program Trojan house. beberapa versinya boelh buat komputer menjadi bots. Atau biasa digunakan hacker untuk spam mail melalui internet.
2. Leap-A/Oompa- A
Mac yang punya konsep security through obscurity yakin tidak akan terserang virus kerana OS nya sistem tertutup. Tapi tahun 2006, virus Leap-A atau biasa disebut Oompa-A muncul.Tersebar melaui iChat pada Mac. Setelah Mac terserang, virus itu akan mencari kontak melalui iChat dan kirim pesan ke tiap kontak itu. Pesannya itu berisi file corrupt yang berbentuk JPEG. Memang tidak berbahaya, namun hal ini menyatakan bahawa masih mungkin akan ada virus berbahaya yang menyerang MAC.
3. Sasser and Netsky
Penciptanya adalah orang Jerman berumur 17 tahun, Sven Jaschan. Sasser menyerang Microsoft Windows. Sasser ini juga tersebar via email. Tapi jika satu komputer bersambung (connect ke komputer yang kena virus ini. Virus ini membuatkan komputer tidak boleh shutdown tanpa unplugged. Netsky tersebar melalui email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows.dan membuat serangan DoS. Sven Jaschan tidak dipenjara hanya diberi masa percubaan 1 tahun 9 bulan, kerana umurnya masih di bawah 18 tahun.
4. MyDome (Novarg)
Mulai menyerang tanggal 1 Februari 2004, virus ini merupakan backdoor di OS. Pertama kali tanggal 1 itu mulai DDoS. Kedua, tanggal 12 Feb, virus ini berhenti menyebar dan mulai buat backdoors. MyDoom menyebar via email, selain itu selalu search di search engines, seperti Google mulai menerima jutaan permintaan pencarian dan loadingnya lambat sampai akhirnya crash. Gara gara MyDoom, Senator US Chuck Schumer mengajukan pembuatan National Virus Response Center.
5.SQL Slammer/Saphire
Muncul Januari 2003, tersebar dengan cepat dalam capaian internet. Waktu itu membuatkan layanan ATM Bank Amerika crash, hancurnya layanan 911 Seattle, dan Continental Airlines membatalkan beberapa penerbangan kerana error check in tiketing. Menyebabkan kerugian lebih dari $1 million sebelum dipacthed.
6.Nimda
Ini juga tahun 2001, asala dari perkataan “admiN”. Penyebarannya sangat cepat, menurut TruSecure CTO Peter Tippet, Nimda hanya memerlukan 22 minit buat menjadi Top Ten ketika itu. Target nya server2 Internet, menyebar melalui capaian Internet. Nimda akan menghasilkan backdoor ke OS. jadi penyerang boleh akses ke server dan berbuat apa saja Nimda juga menjadi DDoS.
7.Code Red & Code Red II
Muncul musim panas 2001, menyerang OS Windows 2000 & NT. Virusnya akan menyebabkan buffer penuh dan "memakan" semua jumlah memori. Paling teruk ialah waktu berhubungan White House, semua komputer yang kena virus ini bakalan automatik akses ke web server di White House berasingan, akhirnya overload, alias serangan DDoS. Akhirnya Microsoft lumpuh patchnya ketika itu.
8.The Klez
Nongol tahun 2001, menyebar via email, replikasi terus kirim ke pengguna pengguna di address book.Menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi,dan mematikan program antivirus.
9.ILOVEYOU
Habis “Melissa”, muncul dia dari Filipina, bentuk nya worm, program standalone dapat mereplikasi sendiri. Menyebar via email, tajuknya ”surat cinta” dari pengodam rahsia . Original file nya LOVE-LETTER- FOR-YOU.TXT. vbs. VBS singkatan Visual Basic Scripting. Penciptanya adalah Onel de Guzman dari Filipina.
10.Melissa
Dicipta pada tahun 1999 sama David L Smith, basicnya Microsoft Word macro. Menyebar via email dengan dokumen “Here is that document you asked for, don’t show it to anybodey else.”. Kalau dibuka, virus akan replikasi dan automatik mengirim email ke top 50 di address book email. Smith dipenjara 20 bulan dan didenda $5000 dan dilarang akses komputer tanpa pengawasan.
Begitulah sejarah virus virus paling membahaya sedekad lalu...
mungkin sekarang nie virus virus yang dicipta adalah lebih extreme..
Keselamatan Apabila Memindah Terima Perisian
Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dipindah terima download). Namun, tahukah anda yang mana berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih berbahaya dan yang mana memberi kebaikan? Ini sukar dipastikan, namun anda boleh menilainya dari aspek kestabilan dan kebolehpercayaan. Amat sukar, jika tidak mustahil, untuk mencuba semua program yang tersenarai dalam Internet. Anda perlu mengambil risiko atau bertangungjawab terhadap apa yang dilakukan perisian berkenaan terhadap PC anda.
• Berwaspada ketika memindah terima
Jadi, berhati-hati ketika memindah terima. Sedarilah, Web kini menjadi medium maklumat yang dinamik, dan selalu berubah. Contohnya, jika sesuatu pautan (link) itu masih berfungsi hari ini, mungkin sebaliknya hari esok atau lusa. Begitu juga harga, versi, kategori dan lain-lain lagi, tertakluk kepada perubahan. Jadi, bersedialah untuk mencari lagi. Malah, tidak semua perisian dibekalkan serasi dengan semua sistem operasi (OS). Jadi, semaklah dan pastikan program yang dipindah terima itu berfungsi dengan OS anda atau tidak.
Anda perlu lebih awas jika memindah terima dan memasang aplikasi Freeware dan Shareware pada sistem di dalam rangkaian atau di tempat kerja. Ada program tertentu (seperti permainan) yang mungkin kelihatan baik fungsinya, tetapi boleh mengancam dan menganggu rangkaian. Ini tidak mustahil jika virus disuntik pada program ini dan ia bebas mengamok setelah dipasang. Malah, jika ramai pekerja menemui program tersebut dalam komputer pelayan dan dipasang untuk kegunaan sendiri, maka pelayan pun boleh lumpuh.
• Banyak program, banyak ragamnya
Ini belum diambil kira Adware, Spyware, dan lain-lain lagi yang boleh memasuki rangkaian. Jika syarikat ada 500 hingga 1000 PC, dan sebahagian besar memindah terima Freeware, cuba bayangkan masalah yang bakal timbul. Ada syarikat menghalang semua bahan yang dipindah terima stafnya, dan ada menggunakan program penapis, pemantau dan protokol untuk menangani tabiat Internet staf mereka. Jadi, anda perlulah prihatin dengan polisi syarikat dalam mengawal kegiatan memindah terima, dan perkongsian rangkaian ini.
Ada bermacam bentuk dan kategori perisian dalam Internet. Freeware contohnya, percuma untuk dipindah terima, tanpa disertai ikatan. Ada program yang bebas diambil, tetapi meminta anda tidak mengedarkannya semula. Kategori Shareware pula disertai dengan harga tertentu, tetapi fungsi tertentunya mungkin terhad. Pengguna adalah salah satu sumber pendapatan pembuatnya yang diharapkan agar membayar. Seperti yang anda mungkin ketahui, memang banyak program yang ditawarkan dengan berlandaskan konsep seperti ini.
Nagware kerap mengingatkan pengguna agar mendaftar dan membayar kos program mereka dan Trialware pula mematikan fungsinya selepas tempoh tertentu. Manakala, Demoware bukanlah program penuh, tetapi versi contohnya tiada ciri-ciri utama dan boleh luput tarikh. Jadi, hati-hati dengan program seperti ini dan jangan sangka setiap program yang ditemui jelas niat sebenarnya. Cuba kunjungi tapak Web pengarangnya, baca soalan yang sering ditanya, dan siasat terlebih dahulu sebelum terus menekan bebutang Download.
Tips penting aktiviti memindah terima
1. Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang menumpang perisiannya.
2. Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi.
3. Jika sesuatu perisian itu memang perlu, cuba dapatkan daripada sumber yang menyediakan sokongan teknikal untuk penggunanya. Sesetengah tapak Web pencipta atau pembekal menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap sokongan teknikal lepas jualan. Ini termasuklah menyatakan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi. Ini boleh membantu jika perisian yang digunakan itu bermasalah.
4. Baca perjanjian penggunaan sebelum memasang perisian. Ini berkaitan dengan undang-undang kerana anda mungkin menemui perkara yang tidak dijangka. Contohnya, pengguna yang memasang aplikasi Kazaa mendapati PC mereka terdedah kepada risiko dirampas ketika tidak digunakan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian aplikasi tersebut. Risiko ini mungkin terselindung dalam perjanjian.
5. Baca ulasan sesuatu perisian itu sebelum mencubanya. Apa sahaja perisian yang ingin dipindah terima sepatutnya telah diulas oleh sumber yang bereputasi. Walaupun ulasan ini bukan satu jaminan sesuatu itu berfungsi dengan baik, namun ia setidak-tidaknya dapat meyakinkan anda untuk memindah terima.
6. Jangan keberatan untuk membuang program yang mendatangkan masalah. Sebaik-baiknya singkirkan secepat mungkin. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin menjadi lebih buruk. Mana-mana program yang degil boleh dibersihkan dari sistem dengan bantuan utiliti pembuang (uninstall) yang lebih berkesan.
7. Singkirkan sisa fail yang tinggal. Contohnya, sisa fail DLL dan yang berkaitan Registry. Saki-baki fail ini jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan masalah kelak. Jika fail tersebut sukar untuk dikesan dan dibuang, gunakan pogram yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat, berkesan dan selamat.
8. Gunakan perisian Ad-aware (www.lavasoft.de/). Penggunaan perisian percuma ini disyorkan kerana ia dilaporkan mampu mengesan aplikasi pengintipan Spyware dan Adware dalam sistem atau rangkaian.
Sepuluh perkara yang menjejaskan prestasi komputer
Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.
KELEBIHAN WINDOWS 7
Windows 7 merupakan versi Microsoft Windows yang menggantikan Windows Vista. Windows 7 dikeluarkan dalam 2 versi iaitu, 32-bit dan 64-bit.
Versi Windows ini, pengganti Windows Vista, telah dilancarkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2009.
Berikut adalah kelebihan-kelebihan windows 7 :
1. Lebih Cepat dan Stabil dari pada Windows Vista.
Windows 7 ini memiliki performan yang lebih stabil dari pada windows vista.
Windows 7 juga lebih responsif dan lebih hemat dalam penggunaan bateri.
2. Anda dapat memilih Jaringan Wireless Hanya dengan 1 klik dari system tray.
Mempunyai langkah yang praktik dalam memilih jaringan wireless iaitu anda dapat memilih Jaringan Wireless hanya dengan 1 klik dari system tray
3. Menampilkan pesan peringatan jika ada perubahan dalam komputer anda.
System akan menampilkan laporan jika terjadi perubahan terhadap komputer anda.
Akan menampilkan pesan peringatan ketika system komputer anda ada yang berubah dan anda juga dapat mensetting tingkat keselamatantersebut.
Mulai dari tell me everything sampai dont tell me squad
4. Tidak adanya sidebar, tetapi mempunyai banyak gadget.
Pada windows 7 tidak adanya sidebar, tetapi gadget-gadget tetap ada dan dapat disetting sesuai keinginan anda.
5. Adanya Library yang dapat mengorganisasikan dokumen.
6. Menyulitkan serangan virus. Windows 7 tersedia dengan antivirusnya yang tersendiri walaupun tidak sehebat antivirus yang lain.
Aduan kerosakan ict
Tuntutan Perjalanan
pinjaman peralatan ict
kerosakan asrama
Cuti Rehat
Cuti Rehat Khas
permohonan kenderaan
tapisan keutuhan
elaun perpindahan rumah
TNT keluar stesyen
Tempahan siaraya
Permohonan Keluar
cuti tanpa rekod
permohonan cuti haji
penceramah sambilan
pengisytiharan harta
Sila beri maklumbals atau komen anda terhadap laman web ini dengan menekan butang "Add Comment" dalam kotak dibawah.
Terima kasih.....
KESBA